Lelaki rentung dalam kebakaran 5 rumah

0
122

SIBU: Seorang lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran membabitkan lima rumah di Jalan Tiong Hua 13, di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mayat itu ditemukan di rumah pertama, namun identiti lelaki itu belum dikenal pasti.

“Bomba menerima panggilan pada jam 1.55 pagi dan 24 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu dibantu BBP Sungai Merah dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, didapati lima rumah jenis tidak kekal setingkat bertiang dengan empat daripada terbakar 100 peratus manakala sebuah lagi terbakar 50 peratus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mayat rentung itu ditemukan ketika anggota bomba membuat ‘overhaul’ di rumah yang pertama dalam deretan kediaman yang terbakar itu.

“Mayat itu sudah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Katanya, operasi pemadaman selesai jam 7.50 pagi.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here