Lelaki Rohingya lari dari tempat kuarantin

0
147

IPOH: Lelaki Rohingya dilapor melarikan diri daripada Pusat Kuarantin Covid-19 di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM), Tanjung Rambutan, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, Balai Polis Tanjung Rambutan menerima laporan berhubung suspek yang melarikan diri daripada pusat kuarantin itu.

Menurutnya, kehilangan lelaki itu disedari 11 pagi ketika petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat pemantauan kesihatan mereka yang dikuarantin di pusat ILKKM di Blok E-2-83.

“Pemeriksaan mendapati lelaki bernama Rohim Mohd Zokaria, 27, tiada dalam bilik sebelum usaha mengesannya dilakukan namun gagal dan laporan polis dibuat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Anuar berkata, perwatakan suspek berbadan tegap anggaran berat kira-kira 65 kilogram (kg), berambut hitam pendek lurus dengan anggaran ketinggian kira-kira 165 sentimeter (cm) hingga 168 cm.

Katanya, Rohim sebelum ini ditahan anggota polis Muallim dan dimasukkan ke Hospital Slim River kerana mempunyai simptom Covid-19.

“Hasil saringan di hospital menunjukkan suspek negatif Covid 19 namun dia dihantar ke pusat ILKKM untuk di kuarantin selama 14 hari, 5 petang Sabtu lalu,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB) 1988 (Akta 342).

Beliau berkata, tiada butiran lanjut yang disimpan pusat kuarantin ILKKM kerana suspek datang tanpa sebarang dokumen pengenalan diri dan hanya mengisikan nama dan nombor pasport pada borang disediakan di pusat berkenaan.

“Hasil siasatan lanjut mendapati suspek bersama dua lagi rakan ditahan di sekatan jalan raya di Kilometer 388.3 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara,” katanya.

Sumber: Harian Metro

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here