Lokasi selaman skuba Malaysia dipromosi ke peringkat dunia

0
109

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Lokasi menarik bagi meneroka keindahan khazanah laut di Malaysia menerusi aktiviti selam skuba dipromosikan pada peringkat antarabangsa sempena Pameran Moscow Dive Show (MDS) 2021 di Russia selama empat hari bermula hari ini.

Pengasas Diveheart, Jim Elliot, berkata pameran di Pusat Pameran Gostiny Dvor, Moscow yang juga pameran terbesar promosi pelancongan selam skuba air bagi pasaran Russia dan negara Eropah Timur itu menjadi peluang terbaik untuk menarik minat penyelam skuba dari rantau itu mengenali Malaysia, sekali gus memperluaskan aktiviti selam skuba dalam kalangan peminatnya.

“Kami percaya semua orang sepatutnya diberi peluang merasai pengalaman kepelbagaian corak selaman skuba termasuk lokasi menarik yang ditawarkan di Malaysia.

“Susulan itu, kita menghargai komitmen Tourism Malaysia di Moscow pada pameran ini kerana memberikan peluang kepada setiap penyelam tanpa mengira kemampuan dan keupayaan mereka, untuk meneroka destinasi selaman baharu, membina hubungan sesama rakan antarabangsa dan meraih pengalaman baharu.

“Sebenarnya, tiada batasan atas apa yang boleh dicapai dan kami sering melihat bagaimana pendidikan terapi skuba ini juga sudah membina keyakinan dan berjaya merubah kehidupan golongan orang kurang upaya (OKU) seluruh dunia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Elliot turut menzahirkan penghargaannya kepada Tourism Malaysia Moscow atas keyakinan agensi itu bekerjasama dengan Diveheart bagi mencapai matlamat ditetapkan.

Pada pameran itu, Diveheart diwakili duta Diveheart Malaysia, Syed Abdul Rahman Syed Hassan, yang juga pengasas dan Pengarah Kids Scuba Malaysia.

Beliau bakal mempromosikan dan memasarkan destinasi selam skuba Malaysia sebagai destinasi selam skuba menarik dan terbaik dunia.

“Malaysia bertuah dikurniakan banyak destinasi selaman menarik dan unik seperti Pulau Tioman, Pulau Perhentian, Pulau Tenggol, Pulau Layang-Layang dan juga Pulau Sipadan”, katanya.

Syed Abdul Rahman berkata, perairan Malaysia amat terkenal oleh kepelbagaian dan kekayaan biodiversiti, kecantikan batu dan terumbu karang serta amat sesuai bagi pelbagai peringkat kemahiran penyelam.

Katanya, usaha perlu dipergiatkan untuk melatih lebih ramai komuniti OKU di Malaysia terbabit dalam aktiviti selam skuba.

“Saya berpuas hati apabila melihat banyak destinasi selam skuba di Malaysia mula mesra OKU terutama dari segi fasiliti ditawarkan dan kesanggupan mereka menerima penyelam dalam kalangan komuniti OKU,” katanya yang sudah menjalankan beberapa siri libat urus bersama kerajaan dan penggiat industri pelancongan sebagai usaha menjadikan industri ini lebih terbuka kepada OKU.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here