Lori pasir brek rosak rempuh 3 kereta

0
262

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Pemandu dan penumpang tiga kereta yang berhenti di lampu isyarat melalui detik cemas apabila kenderaan yang mereka naiki dirempuh sebuah lori pasir yang hilang kawalan di Jalan Bukit Permai, Ampang dekat sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian jam 12.50 tengah hari, lori membawa pasir seberat 22 tan itu dalam perjalanan dari Hulu Langat menghala ke Ampang dan dipercayai mengalami masalah brek apabila tiba di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata pemandu lori gagal mengawal lori dipandunya dipercayai akibat brek tidak berfungsi semasa menuruni Bukit Permai.

“Kenderaan berat itu kemudian merempuh tiga kereta yang sedang berhenti di lampu isyarat Bukit Permai sebelum terbalik. Bagaimanapun, pemandu dan penumpang tiga kereta serta pemandu lori hanya cedera ringan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, saksi boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya Inspektor Navine Gunasegaran di talian 012-6436327.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here