Macam Mana Nak Bersalin Musim PKP, Suami Boleh Masuk Dewan Bersalin Ke? – Ini Penjelasan Dr Samhan

0
177

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seluruh rakyat Malaysia telah diarahkan untuk duduk di rumah agar masalah penularan virus maut ini dapat dibendung dengan segera. Namun, buat ibu-ibu yang sedang menanti hari untuk melahirkan anak, pastinya pelbagai soalan dan kebimbangan berlengar-lengar di fikiran anda tentang langkah-langkah selamat yang perlu diambil.

Terbaru, Dr Ahmad Samhan menerusi akaun Facebook miliknya ada menjawab beberapa pertanyaan yang dikemukakan berkaitan ibu hamil semasa musim PKP ini. Dr Samhan juga ada menyediakan salinan barang persiapan yang perlu dibawa oleh ibu-ibu hamil ke hospital.

Langkah penjagaan buat si ibu

Gambar Hiasan

“Doktor, saya mengandung. Macam mana saya nak bersalin musim PKP ni?”. Ok, hari ini saya akan cuba jawab persoalan untuk ibu hamil di musim PKP dan terangkan apa persiapan yang ibu mengandung perlu buat terutamanya dari segi mental.

Boleh ke pergi check up macam biasa? Klinik untuk ibu mengandung dibuka seperti biasa. Memandangkan ibu hamil tergolong dari individu yang berisiko dijangkiti COVID-19, beberapa langkah penjagaan perlu dititikberatkan ketika keluar rumah untuk ke klinik.

– Basuh tangan dengan sabun atau guna hand sanitizer selepas menyentuh tombol, kerusi, lift.
– Elakkan menyentuh muka, hidung dan mulut.
– Pakai topeng muka
– Jarak jarak 1 meter dengan orang lain.
– Dapatkan rawatan awal jika demam, batuk dan sesak nafas.

Suami tak dibenarkan masuk dewan bersalin

Barang apa perlu dibawa ke hospital? Barang boleh dibeli secara online. Beli awal dan packing siap-siap dalam bag, baru tak kalut. Kalau tak nanti pening pula suami nak packing kalau dah tiba-tiba sakit perut dan perlu ke hospital. Sediakan apa yang patut, tak perlu membazir. Senarai barang boleh rujuk gambar.

This image has an empty alt attribute; its file name is 92150216_10216652036955050_8289816837294653440_o.jpg

Suami boleh hantar ke wad? Suami hanya boleh hantar di bawah saja bersama dengan barang. Ibu hamil musim PKP perlu mempersiapkan mentaliti yang kuat. Suami tak dibenarkan masuk ke wad. Mengiringi masuk wad pun tak dibenarkan. Hospital telah tetap polisi ini untuk mengurangkan kehadiran pelawat dan hanya untuk pesakit.

Suami boleh ke masuk dewan bersalin? Suami tak dibenarkan masuk untuk teman isteri ketika bersalin. Telefon atau whatsapp suami sebelum ditolak ke Dewan Bersalin, minta maaf dan minta doa agar dimudahkan. Makan kurma supaya ada tenaga. Ibu jangan panik, kena kuat. Jangan jerit dan jangan menangis, ikut arahan nurse/doktor untuk kawal pernafasan ketika push terutamanya ibu yang melahirkan anak pertama yang tak mahir lagi curi nafas. Banyakkan berzikir. Anak akan diazankan/iqamat oleh staff kesihatan.

Tidak boleh menerima pelawat

Lepas bersalin, suami boleh teman di wad? Tiada sesiapa dibenarkan untuk meneman di wad siang dan malam. Sediakan barang baby dan ibu secukupnya. Jika perlu apa-apa pertolongan, boleh minta tolong nurse. Nurse akan ajar teknik menyusu dengan betul di wad nanti. Jika berlaku banyak pendarahan selepas bersalin, beritahu nurse awal-awal.

Boleh tak mak atau adik datang melawat? Pelawat tak dibenarkan masuk. Kalau nak kirim barang atau makanan dari rumah, hanya kirimkan pada guard dibawah. Nanti nak discharge pun, guard tolong bawa turun semua barang ke bawah. Suami dan keluarga hanya tunggu dibawah.

Adakah jangkitan covid boleh berjangkit kepada kandungan? Setakat ini dah ada kes ibu hamil positif. Walaupun ibu positif, belum ada kajian yang menunjukkan virus ini boleh berjangkit kepada anak dalam kandungan atau melalui susu ibu. Jangkitan boleh berlaku selepas anak dilahirkan sekiranya ibu batuk dan bersin pada anak.

Ibu dan anak diasingkan selama 14 hari

Bagaimana ibu yang ada gejala jangkitan? Ibu akan ambil ujian COVID-19. Ibu dan anak akan diasingkan selama 14 hari ataupun hingga keputusan ujian COVID-19 negatif. Penyusuan susu ibu sepanjang tempoh ini juga tidak disarankan.

Bagaimana jika ibu mahu menyusu? Sekiranya ibu masih mahu menyusukan bayi, ibu perlu menggunakan topeng muka (face mask) semasa penyusuan dan perlu mencuci tangan dengan teknik betul sebelum dan selepas memegang bayi. Untuk ibu yang mengalami gejala jangkitan COVID-19 yang lebih teruk, adalah dinasihatkan untuk memerah susu ibu dan susu perahan ibu boleh diberikan kepada bayi oleh Nurse.

Jika masih ada kekeliruan, saya cuba jawab semampu mungkin. Minta tolong kongsikan info ini pada ibu mengandung sebab info ini sangat berguna untuk ibu mengandung di musim PKP ini.

Sumber: Oh Bulan, Dr Ahmad Samhan

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here