Malaysia dapat tambahan 10,000 kuota haji – Muhyiddin

0
211

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

RIYADH: Kerajaan Arab Saudi bersetuju memberikan tambahan 10,000 kuota haji untuk jemaah Malaysia.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata beliau mengemukakan permohonan itu ketika menghadap Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan negara itu di Istana Al-Yamamah di sini pada Selasa (Rabu di Malaysia).

“Apabila situasi haji kembali normal selepas pandemik COVID-19, kita akan mendapat kuota haji itu untuk jemaah kita,” katanya kepada media Malaysia pada penghujung lawatan rasmi empat harinya ke negara itu.

Muhyiddin berkata, Putera Mahkota memberi jaminan dan jawapan positif terhadap permohonan itu kerana Arab Saudi sentiasa mengalu-alukan jemaah Malaysia yang terkenal dengan tingkah laku yang baik, berdisiplin dan kurang menimbulkan masalah.

Makkah dan Madinah juga masih dalam proses perluasan bagi menampung lebih ramai jemaah pada masa hadapan, kata perdana menteri.

Mengikut laman web Tabung Haji, kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota haji untuk setiap negara sebanyak 0.1 peratus daripada jumlah penduduk dan kuota haji untuk Malaysia pada masa ini ialah 31,600.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata rakyat Malaysia perlu bersabar kerana bilangan jemaah yang dibenarkan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu tahun lepas sangat terhad berikutan pandemik global itu.

Beliau berkata, ada beberapa berita baik hasil daripada pertemuan itu kerana Malaysia dan Arab Saudi telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) inisiatif Perkhidmatan Jalan Makkah yang akan memudahkan proses prapelepasan jemaah haji dan umrah dari Malaysia.

Ini termasuk urusan penerbangan, pemeriksaan visa dan pasport, prosedur kastam dan urusan logistik yang lain.

“Jemaah Malaysia tidak perlu lagi menunggu berjam-jam lamanya semasa pemeriksaan imigresen di negara ini. Mereka boleh terus pergi ke bas-bas yang menunggu,” katanya. – BERNAMA

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here