Malaysia Hantar Sumbangan Kepada Palestin , Bantu Tangani Covid-19.

0
42

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Susulan perbualan telefon antara Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada 6 April lalu, Malaysia menghantar sumbangan kepada Palestin bagi membantu menangani wabak Covid-19 di negara itu.

Perkara berkenaan dikongsi Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di laman Facebook rasmi miliknya dengan memuat naik sekeping gambar beberapa wakil agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) di lapangan terbang.

Susulan perbincangan antara YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Presiden ?? Palestin, TYT Mahmoud Abbas;…

Posted by Hishammuddin Hussein on Monday, May 11, 2020

Menurut Hishammuddin, sumbangan itu terdiri daripada peralatan perubatan termasuk sejuta unit topeng muka, 500,000 unit sarung tangan getah dan 500 unit pelindung muka.

“Semalam Malaysia telah hantar sumbangan peralatan perubatan kepada Palestin melalui Jordan menggunakan pesawat khas Air Asia,” katanya.

Beliau berharap sumbangan tersebut dapat membantu rakyat dan barisan hadapan Palestin dalam berjuang melawan pandemik itu yang kini mencecah jumlah 375 kes positif serta dua kes kematian di negara berkenaan.

“Moga sumbangan dari Malaysia ini sedikit sebanyak membantu rakyat Palestin perangi Covid-19 InsyaAllah,” ujarnya.

Sumber : Hishammuddin Hussein , Borak Daily

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here