MAQIS rampas 28,350 kilogram bawang merah Thailand

0
229

JOHOR BAHRU: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menahan sebuah kontena membawa 28,350 kilogram (kg) bawang merah dari Thailand di Pelabuhan Tanjung Pelepas, kerana label maklumat yang mengelirukan, pagi kelmarin.

Pengarah MAQIS Johor, Hizzuan Hasim, berkata dalam pemeriksaan rutin dijalankan pegawai penguasa MAQIS di Pelabuhan Tanjung Pelepas kira-kira jam 11.30 pagi mendapati, kontena berkenaan membawa masuk bawang merah dianggarkan bernilai RM251,194.57.

“Hasil pemeriksaan lanjut yang dijalankan, kontena itu didapati mengemukakan dokumen mengelirukan iaitu maklumat pada dokumen berbeza dengan label pada bawang merah berkenaan.

“Semua bawang merah berkenaan ditahan untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] kerana melakukan pengisytiharan mengelirukan pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Hizzuan berkata, kesalahan itu boleh didenda maksimum RM50,000 atau

dipenjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan ke dua atau berikutnya didenda maksimum RM75,000 atau dipenjarakan maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan

Katanya, MAQIS menasihatkan semua pengimport dan pengeksport sentiasa mengikut peraturan ditetapkan kerajaan supaya kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan serta jaminan keselamatan makanan terpelihara di negara ini.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here