MARA sasar bantu 65,000 usahawan

0
119

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: MARA menyasarkan untuk membantu 65,000 usahawan termasuk 15,000 usahawan baharu melalui Pelan Strategik MARA (PSM) 2021-2025 yang dilancarkan hari ini.

Pengerusinya, Datuk Azizah Mohd Dun, berkata MARA juga menyasarkan untuk mewujudkan 10,000 peluang pekerjaan melalui pembangunan hartanah milik majlis itu bersama pihak industri.

Melalui PSM 2021-2025, MARA menggariskan empat teras yang merangkumi semua aspek iaitu keusahawanan, pendidikan, pelaburan dan perkhidmatan.

Dalam aspek keusahawanan, hingga kini terdapat 50,000 usahawan dalam lima bidang yang dikenal pasti berada dalam golongan ‘rapuh’ dan perlu dibantu melalui PSM.

“Mereka ini khususnya dalam bidang automotif, gaya hidup dan perkhidmatan terjejas akibat pandemik dan kita adakan program khas untuk membantu mereka melalui pelan strategik ini.

“Selain itu, kita juga mahu melatih 15,000 usahawan baharu dalam tempoh lima tahun ini dengan melaksanakan bantuan pinjaman seperti mana kita lakukan sebelum ini,” katanya selepas melancarkan PSM 2021-2025, hari ini.

Berdasarkan teras pertama, MARA komited untuk membangunkan komuniti usahawan yang dinamik dengan mengenal pasti lima strategi antaranya melestarikan usahawan mapan dan melonjakkan kapasiti perniagaan berteraskan industri strategik.

Teras kedua pula, empat strategi diperkasakan antaranya bagi meningkatkan penguasaan pelajar dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Empat strategi dalam sektor pelaburan antaranya meneroka peluang yang berpotensi dalam industri strategik dan memperkukuhkan inisiatif aset bukan kewangan menjadi teras ketiga MARA dalam PSM.

Dalam teras keempat, MARA berhasrat untuk merancakkan sistem penyampaian dan tadbir urus bagi memastikan perkhidmatan yang disediakan majlis itu.

Pada masa sama, Azizah berkata, MARA komited untuk terus menyalurkan pinjaman kepada semua golongan sasar sejajar dengan peruntukan disalurkan melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).

Melalui PEMERKASA, sebanyak RM50 juta dana pembiayaan diperuntukkan buat MARA melalui Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro.

Bagi menjamin Bumiputera berupaya mendepani cabaran semasa, MARA bertanggungjawab memastikan tindakan strategik melalui PSM ini diambil bagi mencapai objektif dan matlamat penubuhan agensi ini.

Sementara itu Azizah berkata, sejak penubuhan MARA pada 1966 hingga kini, seramai 256,777 usahawan mendapat pembiayaan perniagaan dan seramai 836,347 pula usahawan dibantu melalui Program Latihan Keusahawanan MARA.

“Dalam tempoh lima tahun sejak 2015 hingga 2020, MARA menyumbang sebanyak 276,965 tenaga kerja dengan kebolehpasaran sebanyak 92.7 peratus.

“Bagi sektor pendidikan pula, sejak penubuhan MARA hingga kini, seramai 421,384 pelajar mendapat manfaat melalui kemudahan pinjaman pelajaran MARA,” katanya.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here