Mayat bayi hampir reput ditemui dalam kotak

0
114

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

BATU PAHAT: Mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui ditinggalkan dalam kotak plastik di belakang sebuah premis perniagaan di Jalan Kuang, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata mayat bayi malang itu ditemui oleh orang awam kira-kira jam 6.40 petang.

Katanya, siasatan awal mendapati bayi perempuan berkenaan dipercayai ditinggalkan lebih daripada tempoh 24 jam berdasarkan keadaan tubuhnya yang sudah mula mereput.

“Susulan itu, polis melakukan pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar premis perniagaan berhampiran lokasi kejadian dan menunjukkan seorang lelaki meletakkan kotak itu pada 27 April lalu.

“Mayat bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang mayat yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat di talian 07-4363300,” katanya.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here