Mayat reput dalam longkang

0
168

KUALA LUMPUR: Mayat reput seorang lelaki ditemui dalam longkang di Jalan Broga menghala Semenyih dekat Kajang, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat itu pada jam 8.37 malam.

Katanya, kad pengenalan diri yang ditemui di lokasi kejadian menunjukkan mangsa dikenali N Suresh berusia 43 tahun dengan alamat terakhir di G-1-A, Taman Prima Suria, Batu 9, Cheras.

“Mayat ditemui berpakaian lengkap kemeja T gelap dan seluar jeans gelap. Turut ditemui telefon bimbit dipercayai milik mangsa.

“Siasatan forensik dan pemeriksaan mendapati lelaki itu dipercayai meninggal dunia kira-kira seminggu lalu.

“Tiada senjata ditemui di tempat kejadian. Hasil pemeriksaan pada badan mangsa menemui sebuah telefon bimbit dan dompet,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu proses bedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

sumber: berita harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here