Mayat wanita ditemui dengan kesan cedera

0
466

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA SELANGOR: Mayat wanita separuh bogel ditemui di tepi Sungai Rambai, Bestari Jaya, di sini, Jumaat lalu didapati mempunyai kesan kecederaan pada fizikal mangsa.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, berkata ia hasil bedah siasat ke atas mayat itu di Hospital Sungai Buloh di sini.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati mangsa yang belum dikenal pasti identitinya sudah meninggal dunia lebih 48 jam, dipercayai warga tempatan kerana terdapat kesan suntikan Bacillus Calmette-Guerin (BCG).

“Mayat itu ditemui orang awam jam 7.30 malam pada 30 April lalu dalam keadaan terapung di tepi Sungai Rambai dalam sebuah kebun kelapa sawit pada jarak kira-kira satu kilometer dari Jalan Rawang.

“Pemeriksaan awal mendapati, mangsa berpakaian baju kemeja berwarna maroon dengan berseluar jeans,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Ramli berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut dan orang ramai yang kehilangan ahli keluarga boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor, Asisten Superintendan Mohd Sufian Amin di talian 012-6149580 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here