Mohon penduduk Simpang Renggam tabah, sabar

0
64

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KERAJAAN Johor memohon penduduk Simpang Renggam supaya sentiasa tabah dan sabar dalam mengharungi dugaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dikuatkuasakan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata paling utama semua penduduk harus kekal berada di dalam rumah serta mematuhi arahan pihak berkuasa sepanjang masa.

Menurutnya, kerajaan Johor berharap dengan pelaksanaan perintah ini, semua penduduk dapat bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas kesihatan serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

“Saya tahu bukan mudah untuk kita rakyat Simpang Renggam dan Johor

semua bertahan dalam suasana serba kekurangan dan kepayahan ini.

“Justeru itu, sekali lagi saya ingin meminta saudara saudari untuk sentiasa tabah dan sabar mengharungi dugaan ini dan paling penting untuk terus duduk di rumah serta mematuhi PKPD dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 14 April ini,” katanya dalam kenyataan,di sini, hari ini.

Penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khas 07-7735224 / 07-7722434.

Mengulas lanjut,Vidyananthan berkata, semalam Johor dikejutkan dengan laporan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengesahkan terdapat sebanyak 83 kes positif jangkitan COVID-19 di Daerah Kluang, Johor.

“Daripada jumlah itu, KKM mendapati sebanyak 61 kes positif (73.5 peratus) direkodkan di Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’

Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, Johor sehingga arahan PKPD dikeluarkan malam tadi.

“Oleh itu,kita merayu semua rakyat Simpang Renggam dan negeri ini mematuhi arahan pihak berkuasa bagi menjalani PKPD dan PKP sepanjang masa.

“Tiada lagi amaran kepada individu yang masih ingkar terhadap pelaksanaan PKPD dan PKP ini dengan PDRM dan ATM mulai hari sudah diarahkan mengambil tindakan sewajarnya termasuk menangkap mereka yang masih berdegil,” katanya.

Beliau berkata, Johor melaporkan penambahan sebanyak 43 kes Covid-19 yang menjadikan jumlah sebanyak 239 kes hingga semalam.

Katanya, berlaku pertambahan sebanyak satu kematian akibat wabak Covid-19 di negeri ini semalam,menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian wabak itu seramai enam orang di Johor.

Sumber : MyMetro

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here