Muhyiddin santuni peniaga kecil di Medan Niaga Satok

0
146

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUCHING: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meninjau operasi peniaga kecil di Medan Niaga Satok, antara kompleks perniagaan terbesar untuk usahawan kecil di negara ini.

Lawatan Perdana Menteri selama kira-kira 45 minit bagi menyantuni peniaga di pusat perniagaan itu, turut diiringi isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan beberapa menteri Persekutuan dan negeri.

Ketika lawatan itu, Muhyiddin turut menyempurnakan penyampaian bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) kepada peniaga di medan niaga berkenaan.

Medan Niaga Satok dirasmikan oleh Muhyiddin pada 28 Januari 2013 sewaktu beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dan adalah projek usaha sama antara kerajaan Sarawak dan Lembaga Pemasaran Persekutuan (FAMA).

Medan perniagaan itu, merangkumi ruang niaga berkonsepkan pasar terbuka yang merangkumi zon basah, kering, benteng, pasar minggu dan pasar borong. – BERNAMA

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here