Murid Tahun 3 cedera dipercayai dipukul guru

0
161

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

ALOR SETAR: Polis mengesahkan ada menerima laporan berhubung seorang murid lelaki Tahun Tiga yang mendakwa dipukul guru sekolahnya di Kuala Kedah dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata pihaknya menerima laporan dibuat ibu mangsa yang berusia 30-an pada jam 4.36 petang semalam.

Beliau berkata, kanak-kanak berusia sembilan tahun itu dipercayai mengalami kecederaan di lengan dan jari kiri, muka dalam kejadian itu.

“Berdasarkan laporan oleh ibu mangsa, terdapat kecederaan pada badan dan muka anaknya ketika menjemput anaknya pulang dari sekolah.

“Mangsa memaklumkan bahawa gurunya memukulnya menggunakan pembaris kerana tidak menyiapkan kerja sekolah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Ahmad Shukri berkata, proses siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here