“Nak cari kawan”

0
66
Empat remaja lelaki ditahan polis kerana ingkar PKP di Sipitang. FOTO/NSTP

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

SIPITANG: Empat remaja lelaki ditahan awal pagi tadi kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam kejadian di Jalan Pan Borneo Merintaman, di sini.

Keempat-empat mereka memberi alasan hendak mencari rakan di Sabah Forest Industries (SFI) ketika disoal pihak polis.

Kesemua suspek berusia lingkungan 20-an kemudiannya ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sipitang, yang sedang menguatkuasakan PKP, jam 2.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Sipitang, Deputi Superintendan Champin Piuh, berkata ketika kejadian sepasukan polis yang sedang menguatkuasakan PKP menahan sebuah kereta jenis Perodua Kancil dinaiki empat remaja lelaki.

“Ketika ditahan dan disoal, mereka memberi alasan hendak mencari teman mereka di Sabah Forest Industries (SFI) pada waktu tengah malam.

“Alasan itu tidak munasabah dan tidak logik di waktu tengah malam. Keempat-empat mereka kemudian ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Champin berkata, keempat-empat remaja itu direman untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempat Berjangkit) 2020 dan Seksyen 296 Kanun Keseksaan.

“Saya merayu supaya semua masyarakat Sipitang mematuhi PKP ini dan hanya seorang sahaja yang dibenarkan untuk urusan ke pasar, bank, dan pasar raya.

“Pergerakan urusan penting dan munasabah saja dipertimbangkan oleh polis ketika melalui sekatan jalan raya Op COVID-19,” katanya.

Sumber: BERITA HARIAN

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here