Neelofa, suami beri keterangan selama 4 jam

0
134

NILAI: Selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Nor (Neelofa) dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail memberi keterangan selama empat jam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai sejak jam 2.30 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, pasangan itu diambil keterangan susulan tular gambar dan video mereka di media sosial yang dikatakan berada di sebuah premis menjual permaidani di Pusat Perniagaan Borong Nilai 3, Nilai.

“Selain itu, keterangan pemilik premis serta pembantu kedai permaidani turut dirakamkan. Kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya selepas siasatan dikemas kini.

“Pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak menimbulkan spekulasi berhubung fakta isu ini,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Neelofa dan suaminya didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) apabila dikatakan merentas negeri ke Nilai dekat sini pada Ahad lalu.

Gambar selebriti itu dan suaminya tular dalam media sosial ketika berada di sebuah kedai menjual permaidani dipercayai di Nilai.

Sebelum ini, Neelofa tampil memohon maaf secara terbuka berhubung dakwaan melanggar SOP pada majlis perkahwinan dan kunjungannya ke Langkawi, Kedah bersama Muhammad Haris.

Dalam pada itu, Mohd Fazley berkata, siasatan terhadap pasangan terbabit dijalankan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Katanya, Mereka juga disiasat mengikut Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No.4) 2021 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here