Nelayan Kuala Kedah gagal pasarkan ikan

0
56
Lambakan ikan pelaling resahkan nelayan

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

ALOR SETAR: Masalah lambakan ikan di Kuala Kedah masih berlaku berikutan kebanyakan nelayan gagal memasarkan hasil tangkapan susulan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasa sejak 18 Mac lalu.

Nelayan tempatan, Bashah Bahudin, 35, berkata dia dan ibu saudaranya yang berniaga ikan di Pasar Nelayan Seberang Kota,

berhadapan situasi jualan ikan sangat rendah ketika ini.

Katanya, masalah itu disebabkan peraih tidak dapat datang ke pasar mengakibatkan nelayan gagal menjual hasil tangkapan seperti biasa.

“Kami sudah lakukan promosi melalui media sosial bagi menarik lebih ramai peraih datang membeli ikan, tetapi tidak semua mereka dapat melepasi sekatan jalan raya.

“Hanya peraih berlesen sahaja dibenarkan bergerak ketika ini, tetapi mereka juga tidak membeli dalam jumlah yang banyak kerana sedar sukar menjual ikan ketika ini,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Berikutan itu, Bashah mengambil keputusan untuk tidak keluar menangkap ikan setiap hari lagi, dan hanya akan ke laut sekiranya mendapat permintaan daripada peraih.

Bagi peniaga ikan, Khadijah Md Shah, 45, berkata dua hari lalu, dia terpaksa memberi lebih 100 kilogram (kg) ikan secara percuma kepada jiran dan kenalan kerana ia tidak habis dijual.

“Hari ini anak saudara saya naikan kira-kira 200 kg ikan tapi saya hanya mampu menjualnya pada harga RM5 sekilogram sahaja.

“Saya perlu jual 100 kg sehari barulah saya dapat upah RM50, tapi sekarang hendak dapat RM30 sehari pun susah kerana waktu jualan dihadkan sehingga 1 tengah hari sahaja,” katanya yang sudah 13 tahun berniaga.

Kelmarin, Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) meminta kerajaan membantu nelayan selepas hanya 30 peratus daripada mereka dapat turun ke laut bagi memenuhi permintaan pasaran.

Pengerusinya, Abdul Hamid Bahari, berkata kerajaan diharap dapat menaikkan elaun sara hidup nelayan berjumlah RM250 sebulan yang diterima ketika ini.

Sumber: BERITA HARIAN

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here