Nicky Liow belum ditahan – Ayob Khan

0
291

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

JOHOR BAHRU: Polis Johor menafikan berita tular mendakwa ahli perniagaan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee yang sedang dijejaki pihak berkuasa ditahan.

Ketua Polis, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata berita penahanan ahli perniagaan berusia 33 tahun itu adalah palsu.

“Polis masih meneruskan usaha untuk mengesan suspek dengan segera dan membawanya ke muka pengadilan.

“Polis ingin menegaskan kepada orang ramai untuk tidak menularkan atau menyebar sebarang berita tidak benar tanpa merujuk kesahihannya dengan pihak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sejak kelmarin, tular di media sosial kononnya Nicky Liow ditahan polis.

Ahad lalu, media melaporkan polis sedang mengesan Nicky Liow, seorang ahli perniagaan yang dikehendaki kerana disyaki terbabit dalam sindiket berkaitan pengubahan wang haram serta jenayah komersial.

Ayob Khan dilaporkan berkata, Nicky Liow dikesan dengan alamat terakhirnya di Trigon Residence Unit 1009, Puchong, Selangor.

Pengasas Winner Dynasty Group itu dikehendaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 130 V hingga 130 ZB Kanun Keseksaan bagi kesalahan kumpulan jenayah terancang.

Sindiket berkenaan dipercayai mempunyai rangkaian besar dan terbabit banyak penipuan dan scam dengan suspek adalah seorang yang berpengaruh dan mempunyai banyak hubungan dengan ramai orang kenamaan termasuk pegawai daripada agensi penguat kuasa.

Dua kertas siasatan berkaitan individu itu sudah dibuka di negeri ini mengikut Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001 dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Sebelum ini, Nicky Liow dilaporkan pernah ditahan kerana mencederakan dua anggota Sukarelawan Malaysia (RELA) yang sedang bertugas di pekarangan Tokong Kou Ong Yah, Jalan Merdeka, Kampung Baru Ampang.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here