Op Benteng Laut: TLDM tahan 8 warga asing

0
185

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KOTA TINGGI: Lapan warga asing, termasuk seorang tekong disyaki terbabit kegiatan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini, ditahan menerusi Op Benteng Laut di Teluk Ramunia, di sini, awal pagi semalam.

Menurut Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam satu kenyataan, hari ini, terdahulu bot dinaiki warga asing itu dikesan hasil maklumat radar Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Susulan itu, katanya, Kapal Diraja (KD) Perdana milik TLDM bertindak mengatur gerak Bot Tempur 102 dan RHIB Cerdik untuk memintas bot berkenaan.

Menurut kenyataan itu, bot berkenaan ditahan kira-kira jam 2.50 pagi, dan hasil pemeriksaan mendapati tujuh lelaki dan seorang tekong laut dari negara jiran disyaki cuba memasuki Malaysia melalui pintu tidak diwartakan.

“Kesemua individu itu didapati menaiki sebuah bot tanpa permit dan gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Mereka kemudian ditahan dan dibawa ke Jeti Marina, Tanjung Pengelih, untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, Angkatan Tentera Malaysia tidak akan berkompromi terhadap kegiatan membabitkan keselamatan serta ketidakpatuhan kepada undang-undang negara.

“TLDM juga akan sentiasa memperkasakan kesiagaan aset Op Benteng Laut demi menjaga perairan dan kedaulatan negara,” katanya.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here