Pahang longgar SOP aktiviti keagamaan masjid, surau

0
140

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUANTAN: Kerajaan negeri melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti keagamaan di masjid dan surau berkuat kuasa hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata kelonggaran itu mendapat perkenan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah.

Katanya, antara aktiviti keagamaan dibenarkan mulai hari ini ialah kuliah dhuha, tazkirah sebelum solat Jumaat dan pengajaran Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

“Selain itu, Kelas Tafaqquh Fid-din, bacaan yasin dan tahlil serta jamuan selepas kuliah serta majlis ilmu turut dibenarkan.

“Kehadiran dalam majlis akad nikah di masjid berdasarkan ruang ditetapkan juga dibenarkan yang sebelum ini terhad kepada 20 orang,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan negeri hanya membenarkan kuliah Maghrib dan tazkirah Subuh diadakan di masjid serta surau sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mengenai had umur bagi mengerjakan solat Jumaat dan solat fardu pula, Wan Rosdy berkata, kanak-kanak berumur tujuh tahun ke atas kini dibenarkan berbanding berumur 12 tahun ke atas sebelum ini.

Katanya, pematuhan SOP sedia ada seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan membawa sejadah sendiri perlu terus diamalkan.

sumber: berita harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here