PDRM perlu perkasa keupayaan anggota – PM

0
25

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) harus memperkasakan keupayaan anggota dalam menguasai perundangan negara kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, penyertaan anggota serta pegawai PDRM dalam latihan, kursus atau persidangan yang dianjurkan di dalam negara serta di peringkat antarabangsa perlu dipertingkatkan sekali gus memperoleh pendedahan dan perkongsian yang lebih global.

“Bagi membina pasukan penguatkuasaan undang-undang yang kukuh dan utuh, penerapan nilai disiplin dan integriti perlu dititikberatkan dalam pembinaan sahsiah anggota PDRM.

“Selain itu, untuk meningkat prestasi pasukan, semua anggota PDRM harus mempunyai sifat ‘sense of belonging’ kepada pasukan dan rasa tanggungjawab yang tinggi kepada amanah yang digalas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-214 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Muhyiddin berkata, dari segi kolaborasi dan kerjasama strategik di peringkat antarabangsa yang dijalinkan selama ini, meletakkan PDRM sebaris dengan pasukan keselamatan dari negara luar seperti Scotland Yard, Royal Military Police United Kingdom dan Hong Kong Police Force.

sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here