‘Pelitup muka mesti kekal dipakai’ – Khairy

0
109

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

PUTRAJAYA: Individu yang sudah mendapatkan pelalian COVID-19 termasuk dos kedua, masih perlu mengamalkan semua kaedah pencegahan wabak berkenaan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata keadaan masih terlalu awal manakala perjalanan masih jauh untuk membolehkan kaedah pencegahan bukan farmaseutikal seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal diiketepikan.

“Mesejnya mudah, sehingga kita memperoleh data sama ada vaksin itu berkesan menghentikan penularan, kaedah pencegahan bukan farmaseutikal dikekalkan,” katanya pada pada sidang media mingguan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), hari ini.

Beliau diminta mengulas apa yang boleh dilakukan untuk menyeimbangi keperluan penduduk di negara ini mendapatkan vaksin dengan keperluan terus mengamalkan kaedah pencegahan bukan farmaseutikal dalam berdepan penularan COVID-19.

Khairy berkata, pihaknya akan memberi taklimat media berhubung jadual penghantaran vaksin jenis lain pada minggu depan.

Katanya, ia bagi memberi gambaran jelas mengenai jadual penghantaran dan indeks pencapaian utama (KPI) bagi Fasa Kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Beliau berkata, penghantaran seterusnya vaksin keluaran Pfizer-BioNTech akan diterima pada Rabu ini manakala pihaknya akan bermesyuarat dengan Badan Regulatori Farmasi Negara (NPRA) selewat-lewatnya minggu depan mengenai kelulusan bersyarat vaksin keluaran syarikat lain termasuk Sputnik V.

Sumber : Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here