Pelonggaran Akta 446 beri masa cukup kepada majikan – MEF

0
83

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Pelonggaran penguatkuasaan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) hingga Disember depan, akan memberi masa mencukupi untuk majikan menyediakan kemudahan penginapan yang selamat serta kondusif kepada pekerja.

Presiden Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman, langkah itu akan memberikan lebih banyak masa untuk majikan memastikan pekerja mereka sama ada tempatan mahupun asing, divaksin, dan mengelak daripada dikenakan hukuman berat bawah Akta 446.

“MEF telah merayu kepada kerajaan supaya memberi lebih banyak masa untuk mematuhi (akta itu).

“MEF mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Sumber Manusia kerana memahami masalah yang dihadapi majikan, terutama dalam tempoh sukar ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, dilaporkan berkata kerajaan bersetuju melonggarkan penguatkuasaan peraturan berhubung standard penginapan pekerja itu hingga Disember depan.

Sambil mengalu-alukan kenyataan itu, Syed Hussain menyifatkan keputusan berkenaan tepat pada masanya dan memberi ruang amat diperlukan majikan untuk terus beroperasi, memandangkan ramai dalam kalangan mereka yang masih dalam proses pulih daripada kesan buruk pandemik COVID-19.

“Ketika Akta 446 mula dikuatkuasakan pada September lalu, kebanyakan majikan masih sedang bergelut untuk meneruskan perniagaan. Mereka mendapati amat sukar sekali untuk membayar kos tambahan diperlukan bagi mematuhi peraturan itu.

“Malah, dianggarkan kira-kira 70 peratus majikan gagal mematuhi Akta 446, setakat ini,” katanya. – BERNAMA

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here