Pembangunan Bandar Media selari dengan Pelan Transformasi RTM – Muhyiddin

0
136

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap Kompleks Penyiaran Angkasapuri yang sedang dinaik taraf sebagai Bandar Media dapat merangsang pertumbuhan ekonomi kreatif serta membuka lebih banyak ruang dalam bidang penerbitan penyiaran.

Perdana Menteri berkata, pembangunan Bandar Media adalah selari dengan Pelan Transformasi RTM yang memberi tumpuan kepada penggunaan platform media RTM secara lebih optimum dan mencapai visi jabatan dengan berkesan.

“Saya percaya pelan ini akan memberi manfaat yang besar bukan sahaja kepada organisasi malah kepada industri kreatif tempatan.

“Antara lainnya ia akan menawarkan pemantapan kandungan di saluran televisyen, penyegaran penyampaian di medium radio dan pemerkasaan media baharu untuk memupuk serta menambah kesetiaan dalam kalangan penonton dan pendengar,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi rakaman ucapan sempena majlis perasmian Sambutan Ulang Tahun RTM ke-75 dan Sambutan Ulang Tahun Orkestra RTM ke-60, hari ini.

Berita lanjut menyusul

Sumber : Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here