Pembantu tadbir didakwa terima RM10,500

0
234

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu tadbir didakwa Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas 10 pertuduhan menerima wang berjumlah RM10,500 daripada sebuah syarikat bagi mempercepatkan proses bayaran tuntutan perkhidmatan kawalan keselamatan, empat tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Hairman Mahfar, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azura Alwi.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohd Hairman didakwa sebagai seorang penjawat awam iaitu Pembantu Tadbir N19 di Pejabat Pendidikan Daerah Gombak menerima wang tunai berjumlah keseluruhan RM10,500.

Ia sebagai balasan untuk memproses dan mempercepatkan tuntutan bayaran perkhidmatan kawalan keselamatan daripada Syarikat Alpha Security Network Sdn Bhd, yang mana tertuduh mengetahui syarikat itu (Alpha Security) mempunyai hubungan dengan kerja rasminya.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Maybank Cawangan Jalan Ipoh dan Bank Simpanan Nasional Cawangan Mini Sentul di sini antara 23 Disember 2016 dan 8 Disember 2017.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azeem Hafeez Jamaluddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan dua penjamin berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri ke pejabat SPRM pada setiap bulan sehingga kes selesai.

Mahkamah kemudian menetapkan 12 April ini untuk sebutan semula kes bagi melantik peguam dan serahan dokumen.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here