Pencari kerja perlu kuasai temu duga online

0
46

KUALA LUMPUR: Pencari kerja perlu menguasai temu bual maya berikutan semakin ramai majikan yang beralih kepada temu bual maya untuk tujuan pengambilan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan.

Temu bual maya adalah temu bual yang dilakukan dari jarak jauh, kadangkala melalui telefon, tetapi sering menggunakan teknologi seperti persidangan video dan platform komunikasi dalam talian yang lain.

Dalam kenyataan, Pengurus Pembangunan Tenaga Kerja Dagang NeXchange Bhd, Zety Zalina Mohd Zain berkata kunci kepada kejayaan temu bual video ialah calon perlu bersedia untuk melengkapkan diri mereka dengan alat teknologi yang diperlukan dan mengujinya terlebih dahulu.

“Pastikan anda bersedia untuk itu sama seperti anda lakukan untuk temu bual secara langsung. Sediakan jawapan yang sesuai untuk soalan yang sering ditanyakan semasa temu bual supaya tidak tersekat-sekat semasa temu bual dalam talian,” katanya.

Ketua Sumber Manusia Innovation Associates Consulting Sdn Bhd Mohd Ghaus Omar berkata pencari kerja juga perlu mempunyai kemahiran teknikal yang mencukupi dalam menggunakan teknologi untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka.

Katanya penting bagi calon untuk memastikan sambungan Internet yang stabil untuk temu bual berikutan ia boleh mengecewakan apabila talian tidak stabil.

Dalam perkembangan lain, Dagang NeXchange berkata pihak pengambilan boleh memanfaatkan pendigitalan untuk penambahbaikan proses seperti Dagang Net eScroll, platform inovatif disokong blockchain untuk majikan, siswazah, universiti dan penyedia latihan untuk mengesahkan sijil akademik dan latihan.

Boleh didapati melalui https://escroll.dagangnet.com/ dan aplikasi mudah alih di Google Play Store, perkhidmatan itu dapat mencegah pemalsuan, tidak seperti dokumen berasaskan kertas yang tradisional.

Sumber: BERNAMA

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here