Pengasas aplikasi Sugarbook dikenakan waran tangkap

0
283

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

SHAH ALAM: Mahkamah Majistret di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap pengasas aplikasi Sugarbook kerana gagal menghadirkan diri untuk sebutan semula kes, hari ini.

Majistret Sabreena Bakar @ Bahari mengeluarkan waran tangkap ke atas Chan Eu Boon, 34, selepas dimohon pihak pendakwaan.

Timbalan Pendakwa Raya, Aliff Asnaf Anuar Sharuddin, ketika ditemui pemberita memaklumkan bahawa pihak pembelaan sepatutnya hadir ke mahkamah untuk pengurusan dokumen.

“Bagaimanapun, tertuduh, peguam dan penjaminnya gagal berbuat demikian.

“Justeru, saya memohon waran tangkap dikeluarkan bagi tindakan lanjut,” katanya.

Sabreena kemudian menetapkan 15 Mei depan bagi sebutan semula kes berikutan waran tangkap itu.

Pada 24 Februari lalu, Eu Boon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyiarkan kenyataan bertajuk ‘Top 10 Sugarbaby University In Malaysia’ yang mengakibatkan ketakutan atau kegentaran kepada orang awam.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang juga usahawan teknologi maklumat (IT) didakwa menyiarkan kenyataan itu dalam laman web TechNave pada jam 10 pagi 10 Februari lalu.

Kenyataan itu kemudian dilihat di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam pada jam 6.26 petang hari sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, selain syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah hingga kes selesai.

sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here