Pengguna lorong tikus merentas negeri akan ditangkap tanpa kompromi

0
37

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

PASIR PUTEH: Polis Kelantan akan mengawasi laluan alternatif dan lorong tikus yang kemungkinan besar digunakan oleh orang ramai untuk rentas negeri menjelang Aidilfitri ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan, berkata rondaan secara berkala selama 24 jam akan dilakukan oleh anggota di laluan yang sudah dikenal pasti.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu dan akan terus menahan mereka yang menggunakan lorong tikus sebagai jalan pintas rentas negeri tanpa sebarang dokumen kebenaran.

“Jika ada yang ingin menggunakan laluan alternatif atau lorong tikus, saya nasihatkan supaya hentikan cubaan itu kerana jika betul, mereka akan terus ditangkap tanpa kompromi.

“Bagi rentas sempadan ada lebih 100 lorong tikus manakala rentas negeri pula tiada angka tepat kerana mungkin ada lorong yang baharu dibuat semata-mata untuk tujuan ini (rentas negeri), namun anggota kami sudah mengenal pasti laluan itu.

“Anggota kami akan menjalankan rondaan dari masa ke semasa dan diharapkan orang ramai tidak akan memperjudikan nasib mereka untuk rentas negeri tanpa kebenaran semata-mata untuk menyambut Aidilfitri di kampung halaman,” katanya ketika ditemui di sekatan jalan raya Bukit Yong, di sini hari ini.

Hasanuddin berkata, tindakan membuat pemeriksaan di rumah juga akan dibuat selaras dengan arahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, sekiranya didapati banyak kenderaan di sesebuah kediaman.

Beliau berkata, di Kelantan terdapat 10 sekatan jalan raya yang mana lima membabitkan antara negeri manakala selebihnya untuk antara negara (sempadan Kelantan-Thailand).

Menjelang Aidilfitri yang hanya berbaki beberapa hari saja lagi, Hasanuddin berkata penugasan anggota difokuskan kepada kelancaran perjalanan trafik.

“Walau perantau dari Lembah Klang tidak dapat balik, kita andaikan kenderaan masih banyak dan kalau ada penambahan, hanya 10 hingga 20 peratus dari angka asal dan dijangka berlaku sedikit kesesakan.

“Pendekatan kami paling utama adalah menentukan kelancaran orang balik untuk beraya dan perjalanan adalah lebih kepada yang ada dalam negeri.

“Untuk beraya dalam negeri sendiri memang tiada halangan tapi prosedur operasi standard (SOP) tetap mesti dipatuhi semua,” katanya.

Sumber: Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here