Penghakiman bertulis isu kalimah Allah diteliti

0
125

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

PUTRAJAYA: Penghakiman bertulis berhubung isu kalimah Allah akan diperhalusi agensi berkaitan bagi merangka tindakan susulan yang lebih tuntas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata hasil munaqasyah atau perbincangan khas berhubung isu berkenaan sudah dikemukakan kepada Majlis Raja-Raja pada 17 Mac lalu.

Sementara menanti maklum balas Majlis Raja-Raja, beliau berkata, pihaknya giat meneliti inti pati penghakiman bertulis isu kalimah Allah menerusi pembabitan pelbagai agensi agama.

“Jadi perlu duduk sekali lagi dengan sahabat-sahabat di samping melihat kerana ketika kenyataan saya pada masa itu, kita hanya berdasarkan pendapat secara umum tetapi belum dapat penghakiman secara bertulis.

“Alhamdulillah, kita sudah dapat dan unit kita akan kaji, tengok dan semak bagi melihat ruang serta tengok sehalus serta seteliti mungkin.

“Sebenarnya (usaha) tetap berjalan (oleh) agensi berkaitan, memfokuskan isu ini dengan lebih tuntas lagi.

“Pada masa sama, kita mengambil pandangan beberapa kementerian seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengusulkan untuk membuat satu rayuan yang kita tidak menentang, bahkan menyokong.

“Kita nak tengok ruang-ruang yang boleh kita mainkan seperti mencelah dan kemukakan beberapa alasan kita, insya-Allah,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat delegasi Kumpulan Media Prima Berhad yang diketuai Pengerusinya, Datuk Dr Syed Hussian Aljunid, di sini.

Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Iskandar Mizal Mahmood dan Pengarah Eksekutifnya, Rafiq Razali.

sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here