Penghuni pusat kuarantin teruja kelengkapan selesa, lengkap

0
119

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Penuntut Malaysia yang dibawa pulang dari Indonesia akibat penularan COVID-19 ‘terkejut’ melihat kemudahan kuarantin disediakan selesa serta lengkap dengan keperluan asas.

Kira-kira 300 penuntut tiba ke negara ini di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) Khamis lalu, sebelum dibawa ke Institut Aminudin Baki di Nilai untuk menjalani proses kuarantin selama 14 hari.

Penuntut jurusan perubatan dari sebuah universiti di Indonesia yang hanya mahu dikenali Nina, 21, berkata dia tidak menyangka disediakan tempat seperti bilik hotel yang lengkap dengan pendingin hawa, meja, televisyen dan balkoni untuk keselesaan sepanjang proses kuarantin.

Katanya, mereka yang diberikan bilik sendiri, dibekalkan kotak simpanan berisi makanan, snek, baju, air mineral, pakaian hospital dan barangan keperluan mandian, tiga hingga empat kali sehari.

“Kotak berkenaan diletakkan di depan pintu bilik tanpa adanya kontak berlaku. Kemudahan WiFi juga laju dan saya boleh mengikuti kelas dalam talian dari sini.

“Kemudahan sebegini membuatkan saya tidak sabar untuk mencurahkan bakti sebagai doktor di tanah air sendiri sebaik tamat pengajian kelak,” katanya yang berasal dari Setiawangsa, dekat sini.

Mengenai kesihatannya, katanya dia bersyukur kerana sehingga keadaan mereka amat baik dan tidak menunjukkan sebarang gejala jangkitan COVID-19.

Penuntut lain dikenali Pavithamuhan, 22, menerusi laman sosial Twitter pula menghargai bantuan diberikan kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dan pihak berkuasa sepanjang proses kuarantin di institut berkenaan.

Katanya, dia sering meninggalkan nota yang menyelitkan ucapan terima kasih setiap kali kakitangan KKM menghantar makanan dan mengutip sampah di hadapan biliknya.

“Selain KKM, saya pasti seluruh penjawat awam, penaja menjadikan semua ini sebagai kenyataan…duduk di rumah dan kekal selamat serta doakan kami mampu melengkapkan proses 14 hari kuarantin dan diberikan pulang tanpa positif.

“Kemudahan kuarantin ini diuruskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Mereka semua layak menerima penghargaan yang begitu tinggi,” katanya melalui ciapan di Twitter.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata seramai 1,188 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara setakat semalam, dikuarantinkan selepas kerajaan mewajibkan perintah pengasingan itu bagi mengekang penularan COVID-19.

Sumber : Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here