Pengusaha bas sekolah rayu bantuan seperti pemandu teksi, e-hailing

0
108

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KOTA BHARU: Lebih 100 pengusaha bas sekolah di Kelantan memohon bantuan daripada kerajaan, sebagaimana yang diterima pemandu teksi dan e-hailing.

Timbalan Pengerusi Persatuan Bas Sekolah Kelantan, Izani Zakaria, berkata ia berikutan pengusaha dan pemandu bas turut terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kebanyakan pengusaha dan pemandu bas sekolah bukannya orang senang. Mereka hanya ada sebuah bas sekolah dan hanya bergantung kepada pendapatan membawa pelajar sekolah.

“Selepas PKP dilaksanakan, mereka sudah tiada punca pendapatan untuk membeli barang keperluan seperti makanan dan sebagainya.

“Justeru, saya merayu kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar dapat memberi bantuan kepada kami seperti yang diberikan kepada pemandu teksi dan e-hailing,” katanya menerusi kenyataan media, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kebanyakan pemandu bas memang menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), namun pengusaha bas tidak layak sedangkan mereka terjejas teruk.

“Kebanyakan pengusaha yang terkesan dengan PKP ini ialah di sekitar kawasan pedalaman dan bandar di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan lain-lain.

“Sehubungan itu, kami merayu agar pertimbangan bantuan yang sewajarnya dapat disalurkan kepada penguhasa dan pemandu bas sekolah yang turut terjejas pendapatannya sepanjang tepoh PKP ini,” katanya.

Sumber : Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here