Peniaga Asing Di Serbu Di Pasar Borong Selayang

0
408

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

MPS telah melakukan serbuan ke atas kawasan seliaan MPS di Pasar Borong Selayang. Dalam satu operasi bersepadu ini melibatkan anggota dari Majlis Perbandaran Selayang dan juga Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.

Operasi besar-besaran ini dilaksanakan untuk membenteras kegiatan pernigaan oleh warga asing yang sekian lama berleluasa di kawasan tersebut. Dalam serbuan tersebut didapati kebanyakan peniaga warga asing ini menjalankan perniagaan di bahu jalan dan kawasan kaki lima tanpa permit yang sah. Ketika serbuan dibuat, penjaja warga asing telah bertindak melarikan diri dari gerai dan meninggalkan barang jualan mereka. MPS juga mendapati beberapa peniaga tempatan telah meletakkan barang perniagaan di hadapan kedai mereka sehingga menimbulkan kacau ganggu kepada orang awam dan trafik.

Pihak Polis juga telah melaksanakan pemeriksaan dan tangkapan ke atas warga asing yang disyaki melakukan kegiatan jenayah di kawasan tersebut.

Akhir sekali, MPS sedar tentang permasalahan peniaga warga asing di pasar borong Selayang ini bukanlah satu isu yang baru. MPS akan terus melakukan pemantauan dan menjalankan operasi bersepadu melibatkan agensi kerajaan yang lain seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk memastikan masalah ini dapat ditangani dengan lebih baik dan cekap.

Kredit: Taman Sri Gombak

Sumber: Kaki Share

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here