Peniaga harap gerai dibangunkan semula sebelum Ramadan

0
32

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: “Saya harap gerai di Pasar Datuk Keramat yang terbakar semalam, dapat dibangunkan semula sebelum Ramadan,” kata seorang peniaga terkesan, Kasmawati Ahmad.

Kasmawati yang menjalankan perniagaan ikan bakar di pasar itu sejak 30 tahun lalu berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) wajar mencari jalan penyelesaian secepat mungkin kerana ramai yang bergantung harap dengan premis perniagaan itu.

Katanya, semua peniaga ketika ini berurusan dengan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan cawangan Datuk Keramat yang dijadikan pihak tengah untuk mendapatkan maklumat terkini termasuk tindakan susulan daripada DBKL.

“Saya jual ikan bakar di satu lot di pasar ini yang dimiliki keluarga. Saya sewa lagi empat lot dijadikan tempat makan, masak dan bancuh minuman.

“Saya anggarkan kerugian kira-kira RM50,000 selepas lima lot itu terbakar.

“Kita masih tunggu tindakan lanjut daripada DBKL, harapnya gerai terkesan dapat dibaik pulih sebelum Ramadan,” katanya ketika ditemui BH di pasar itu, hari ini.

Peniaga roti canai, Yunos Mahmod, pula berkata deretan gerai terkesan perlu dibangunkan secara menyeluruh termasuk penukaran bumbung.

“Kalau nak baiki, biar buat semua sekali termasuk tukar bumbung yang sudah usang dan turut terkesan dengan insiden kebakaran itu.

“Saya harap dalam dua, tiga hari ini ada berita baik daripada DBKL berhubung usaha naik taraf kawasan pasar berkenaan,” katanya.

Peniaga kuih, Amin Hussien, berkata pihaknya yakin wakil persatuan akan menyelesaikan isu berbangkit dalam masa terdekat.

“Semua peniaga terkesan sudah melaporkan apa yang berlaku kepada persatuan dan mereka memaklumkan akan ambil tindakan sewajarnya.

“Apa yang kita boleh buat sekarang adalah tunggu arahan susulan daripada pihak berkaitan,” katanya.

Sementara itu, pengerusi persatuan, Mohamed Tarmizi Mohamed Akil yang ditemui ketika meninjau pasar itu pagi tadi, berkata 46 peniaga terkesan akibat insiden kebakaran semalam.

“Kita sedang giat mendapatkan maklumat daripada peniaga itu untuk diserahkan kepada DBKL.

“Wakil rakyat yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Rina Mohd Harun juga ambil maklum perkara ini dan akan bekerjasama dengan DBKL untuk mengambil tindakan sewajarnya berhubung isu itu,” katanya.

Media melaporkan kaunter pusat bantuan Persatuan Penjaja Pasar Datuk Keramat bagi membantu peniaga pasar itu yang terjejas selepas premis perniagaan mereka di pasar itu terbakar semalam, akan dibuka hari ini.

Rina yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dipetik berkata, kaunter berkenaan dibuka di kawasan kebakaran bagi mengumpul maklumat mangsa untuk tujuan menyalurkan bantuan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa yang turut melawat pasar berkenaan malam tadi, pula dilaporkan berkata status tanah tapak perniagaan Pasar Datuk Keramat akan dibincangkan bersama pemaju dalam masa terdekat.

Petang semalam, deretan kedai di Pasar Datuk Keramat, di sini, terbakar namun tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.

sumber: berita harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here