Penjara Pengkalan Chepa hasilkan 1,000 unit PPE dalam sehari

0
57
Penjara Pengkalan Chepa hasilkan 1,000 unit PPE dalam sehari

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KOTA BHARU: Kira-kira 40 banduan Penjara Pengkalan Chepa yang berkemahiran dalam bidang jahitan telah menghasilkan 1,000 unit Peralatan Perlindungan Diri (PPE) iaitu penutup kepala dalam tempoh sehari sejak dua hari lalu untuk diagihkan kepada petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan (KKM).

Pengarah Penjara Pengkalan Chepa, Penolong Kanan Komisioner Penjara Mat Yaacob, berkata kaedah istimewa telah diguna pakai oleh banduan bagi menghasilkan PPE berkenaan yang berkualiti dalam tempoh yang singkat serta dapat mengelakkan pembaziran bahan asas yang semakin berkurang.

SHAH ALAM 26 MAC 2020. Petugas dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan pakaian khas bersiap sedia untuk membuat ujian saringan pada setiap individu dari kumpulan tabligh yang hadir pada sesi tersebut di Masjid Seksyen 7. NSTP/OSMAN ADNAN

Katanya, banduan yang terbabit mendapat latihan khas daripada Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Dr Hanisa Hassan dengan menggunakan kaedah yang diilhamkan dan dikaji beliau dan Pegawai Perubatan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Kelantan, Dr Mohd Zurairie Mohd Zubir.

“Usaha yang dilaksanakan ini akan diteruskan selagi negara berhadapan dengan penularan wabak COVID-19 ini di mana banduan akan menghasilkan sekurang-kurangnya 1,000 unit PPE setiap hari sejak 30 Mac lalu untuk diagihkan kepada kemudahan kesihatan yang terbabit.

“Diharap dengan penghasilan PPE yang berkualiti ini akan dapat mengatasi masalah kekurangan bekalan PPE di kemudahan kesihatan khususnya di Kelantan yang menjadi kebimbangan utama petugas barisan hadapan negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau telah menyerahkan 1,000 unit PPE pada satu majlis ringkas kepada KKM yang diwakili oleh Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr Selasawati Ghazali di Penjara Pengkalan Chepa di sini, semalam.

Sementara itu, Dr Selasawati menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang dalam menjayakan usaha itu terutamanya Penjara Pengkalan Chepa.

“Sesungguhnya kerjasama di antara badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) dalam menghadapi penularan wabak COVID-19 ini amat penting sekali,” katanya.

Orang ramai serta agensi yang ingin membantu dalam usaha yang efektif ini boleh menyalurkan bantuan dari segi bekalan peralatan jahitan ataupun bantuan kewangan menerusi akaun Bank Muamalat bernombor 03010000155713 atas nama Persatuan Bulan Sabit Merah Negeri Kelantan. – BERNAMA

Sumber: BERITA HARIAN

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here