Penjawat awam Johor terima bantuan khas Aidilfitri minimum RM1,000

0
122

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua kakitangan awam negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, berkata seramai 15,000 kakitangan awam negeri ini akan menerima bantuan khas berkenaan.

“Kerajaan Johor bersetuju untuk menyalurkan bantuan khas Aidilfitri itu sebanyak setengah bulan gaji atau mimimum RM1,000 kepada semua penjawat awam.

“Ia akan disalurkan pada penghujung bulan ini,” katanya pada sidang media selepas meninjau program Pemberian Vaksin COVID-19 Fasa II di Dewan Muafakat Taman Adda, di sini.

Turut hadir, Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Aman Rabu.

Sumber: Berita Harian

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here