Penternakan udang kara air tawar bantu B40

0
70

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

TUARAN: Penternakan udang kara air tawar menggunakan Green Aquaponics Perennial System (GAPS) menjadi sumber pendapatan baharu golongan B40 di Kampung Bantayan, Tamparuli, di sini, selepas tapak projek itu mula beroperasi sepenuhnya, semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, berkata bidang itu adalah antara sektor berpotensi tinggi untuk meningkatkan pendapatan, terutama penduduk luar bandar yang berminat menjadi usahawan.

Katanya, projek itu membabitkan kerjasama Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Sabah sejak 2019.

Beliau berkata, ia dilaksanakan menerusi Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera (DPUB) bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11).

“Program ini mampu meningkatkan ekonomi luar bandar, sekali gus menyediakan peluang pekerjaan.

“Kerajaan mahu lebih ramai usahawan golongan B40 dibantu melalui pelbagai inisiatif bawah agensi berkaitan supaya mereka boleh ada sumber pendapatan,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek itu, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Mohd Redzuan memaklumkan sepanjang tempoh 2015 hingga tahun lalu, sebanyak RM47.5 juta peruntukan menerusi DPUB dimanfaatkan di Sabah.

“Seramai 10,377 individu telah menyertai pelaksanaan projek melalui dana ini. Bagi tahun ini saja, peruntukan sebanyak RM7.5 juta diluluskan untuk pembangunan di Sabah,” katanya.

Difahamkan, projek penternakan udang kara air tawar menggunakan GAPS itu dilaksanakan di enam lokasi sekitar negeri ini.

Selain Kampung Bantayan, lokasi terbabit ialah Kampung Duvanson di Putatan; Kampung Muhibbah, Petagas; Kampung Ratau, Menggatal; Kampung Sabandar, Tuaran; Kampung Kayu Madang, Telipok.

Sementara itu, penduduk Kampung Bantayan, Jessela Joseph, 34, berkata beliau ialah antara lima peserta yang menjalani kursus untuk membiakkan udang kara air tawar terbabit.

“Sebagai suri rumah dan golongan B40, usaha ini dapat membantu saya memperoleh sumber pendapatan.

“Udang kara air tawar ini mudah dibiakkan di kawasan luar bandar, dan saya yakin hasilnya nanti akan mendapat permintaan tinggi,” katanya.

sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here