Penyewa pangsapuri kecewa PPj, kementerian tidak prihatin nasib mereka

0
134

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR – Para penyewa perumahan awam milik Perbadanan Putrajaya yang rata-rata dalam kumpulan gred rendah dan juga peniaga kecil kecewa dengan tindakan Perbadanan Putrajaya terus mengenakan sewa dan tidak memperdulikan rayuan mereka yang dikemukakan menerusi satu memorandum.

Wakil penduduk di blok F dan G dalam satu surat kepada MalaysiaGazette mendakwa semua penyewa Pangsapuri PPj Presint 11 telah menerima pesanan ringkas kelmarin menuntut mereka menjelaskan sewaan bagi bulan ini sebelum 7 haribulan.

Katanya, sekiranya gagal berbuat demikian tindakan pemotongan bekalan air akan dilakukan sehari selepas itu di sebalik usaha AJK Bertindak Blok F dan G untuk berunding dengan pihak perbadanan.

Wakil AJK itu juga hairan mengapa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Perbadanan Labuan boleh menawarkan pengecualian sewa kepada perumahan awam mereka selama enam bulan tetapi perkara yang sama tidak boleh dilaksanakan oleh PPj.

Katanya, jumlah sewa yang perlu dibayar oleh mereka adalah sebanyak RM502 sebulan tidak termasuk air.

Beliau juga mendakwa Kementerian Wilayah Persekutuan dan Pejabat Presiden PPj tidak  melayan memorandum yang dihantar oleh mereka seolah-olah perkara itu tidak penting sedangkan mereka amat terkesan dengan pelaksanaan Perintan Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kami juga rakyat Malaysia yang sangat terkesan dengan PKP ini dan kebanyakkan dari kami adalah penjawat awam yang bergred rendah, peniaga kecil yang kais pagi makan pagi akibat PKP, pekerja harian dan juga mangsa yang diberhentikan kerja akibat perniagaan tidak dapat di jalankan.

“Di mana keadilan untuk kami?” soalnya.

Menurut AJK itu lagi, pihak telah menghantar Memorandum Pengecualian/Pengurangan Sewa Pangsapuri Perbadanan Putrajaya kepada Menteri Wilayah Persekua pada 26 Mac lalu menerusi emel kerana akur dengan PKP.

Katanya, emel tersebut telah diterima dan disahkan oleh pejabat menteri yang kemudiannya memaklumkan akan memanjang emel tersebut kepada pejabat Presiden PPj untuk tindakan susulan.

Bagaimanapun, katanya, pada 31 Mac lalu beliau telah dimaklumkan oleh pegawai di pejabat Presiden PPj bahawa pihak mereka tdak mendapt arahan kementerian dan memohon emel tersebut dihantar terus kepada Presiden PPj.

“Emel tersebut telah dihantar pada hari yang sama selepas arahan diberikan oleh pegawai di pejabat Presiden Perbadanan Putrajaya,” katanya.

Beliau turut melampirkan dua memorandum yang telah diemel masing-masing kepada pejabat menteri dan presiden perbadanan sambil berharap Inisiatif Wilayah Cakna sebanyak RM65 juta dan seruan Perdana Menteri dalam membantu semua golongan yang terkesan tidak mengecualikan para penyewa perumahan awam di Putrajaya.

Sumber: MalaysiaGazette

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here