Perkasa pengguna bestari

0
111

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Kesedaran mengenai kawalan kendiri dalam kalangan pengguna perlu diberi penekanan bagi mengelak krisis di seluruh dunia semakin meruncing.

Pengerusi Majlis Penasihat Pengguna Negara, Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata krisis ketika ini berlaku meliputi pelbagai aspek seperti sosial, ekonomi, alam sekitar, kesihatan, perubahan cuaca, bencana alam, kebuluran, keselamatan dan konflik negara.

Sehubungan itu, katanya, ia berupaya memberi kesan mendalam terhadap pengguna, sekali gus menyaksikan mereka terpaksa mengubah suai kehidupan supaya lebih mesra alam dan memberi penekanan terhadap kepentingan generasi masa depan.

“Tema tahun ini berkaitan menangani isu pencemaran plastik sangat releven sebagai suatu usaha melindungi alam daripada pencemaran yang semakin parah, akibat pembuangan jutaan tan plastik setiap hari sehingga mengancam kualiti alam sekitar.

“Sambutan hari pengguna tahun ini perlu diambil perhatian serius oleh semua pihak lantaran dunia kini sedang berdepan dengan krisis yang semakin meruncing.

“Justeru, pemerkasaan pengguna bestari sangat penting. Kesedaran bukan sahaja perlu mencakupi aspek hak pengguna, tetapi menyentuh isu tanggungjawab pengguna yang perlu berjalan secara seiring.

“Sememangnya, pemantauan dan penguatkuasaan perlu diperkukuhkan, namun jika kesedaran kawal diri pengguna tidak ditekankan, krisis yang dihadapi bakal lebih meruncing,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Azmi berkata, turut menggesa gerakan dan organisasi pengguna meningkatkan kapasiti pertubuhan masing-masing supaya lebih berkesan dalam menyuarakan isu pengguna.

Menerusi pendekatan itu, beliau menaruh keyakinan ia berupaya menjadi pemangkin ke arah mendidik masyarakat untuk menjadi pengguna bestari.

“Pembangunan yang mapan dan lestari sewajarnya menjadi matlamat kepada usaha memenuhi kriteria 17 Matlamat Pembangunan Mapan (SDG), seperti disepakati pada perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada September 2015.

“Lanjutan kesan pandemik COVID-19 terhadap kelembapan ekonomi merencatkan pelbagai usaha menangani isu kos sara hidup, sekali gus menjejaskan kualiti hidup pengguna.

“Nasib pengguna golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) kini terjejas teruk akibat ekonomi yang lembab, malah pembuangan pekerja, penguncupan pendapatan dan kehilangan peluang kerja memaksa pengguna mencari alternatif, selain mengharapkan bantuan dari kerajaan.

“Pengguna dinasihatkan untuk terus mengamalkan budaya kepenggunaan yang berhemat, cermat dan lestari. Setiap perubahan tingkah laku pengguna ke arah pembangunan lestari sangat bermakna,” katanya.

sumber: berita harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here