Perkataan boleh jejas akidah

0
255

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah amat dukacita dengan tingkah laku segelintir individu beragama Islam, khususnya di negeri itu yang tidak berhati-hati mengeluarkan kata-kata boleh menjejaskan akidah dan keislaman mereka.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani memaklumkan, baginda bertitah apa-apa juga iktikad (pernyataan dalam hati) atau percakapan atau perbuatan oleh mana-mana orang Islam yang berhasrat untuk keluar dari agama Islam, dikhuatiri boleh membawa kepada tergelincirnya akidah dan menyebabkan terkeluarnya seseorang itu dari agama Islam.

“Asas kepada kepercayaan umat Islam adalah mengakui akan keesaan Allah SWT dengan mengucap kalimah syahadah dan seorang Islam perlulah sentiasa berpegang kepada keyakinan bahawa hanya Allah SWT yang berhak disembah dan Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah SWT.

“Seseorang yang berpegang dengan Islam sebagai agamanya, berpegang secara mutlak terhadap prinsip tauhid dan akidah sepanjang kehidupannya.

“Tindakan segelintir umat Islam, khususnya di Selangor yang mengugut untuk keluar dari agama Islam apabila berhadapan dengan sesuatu masalah hanya menunjukkan rapuhnya keyakinan mereka terhadap agama Islam dan Allah SWT,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook Selangor Royal Office.

Menurut kenyataan itu lagi, Sultan Selangor sangat berpegang kepada keyakinan bahawa Islam dan iman satu anugerah dan nikmat dari Allah SWT kepada umat Islam, dan hendaklah dijaga dengan baik dalam apa juga situasi, sama ada dalam keadaan selesa atau kepayahan.

Baginda bertitah, perbuatan murtad juga kesalahan yang serius yang jika digambarkan di dalam bentuk hukuman mengikut hukum syarak bagi seseorang yang murtad atau keluar dari agama Islam dan yang sudah diberi peluang untuk bertaubat, namun tidak mahu bertaubat, boleh dihukum mati menurut pendapat majoriti ulamak, termasuk mazhab imam Syafie.

“Baginda menasihatkan umat Islam agar sentiasa berpegang teguh kepada akidah Islam dan tidak mudah terpesong dari akidah Islam sebenar,” katanya.

Menurut kenyataan itu, tindakan pihak berkuasa agama seperti Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menguat kuasa undang-undang suatu tindakan dan proses biasa berlandaskan peruntukan undang-undang.

“Baginda sudah menitahkan agar semua tindakan yang dibuat oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS hendaklah selaras dengan prinsip-prinsip yang mendukung keutamaan dakwah, mendidik, mencegah dan meningkatkan kefahaman Islam yang betul kepada masyarakat.

“Kita sebagai umat Islam dan rakyat di negara ini, khususnya di Selangor seharusnya akur kepada proses undang-undang dan mematuhi setiap prosedur yang digariskan di bawah undang-undang.

“Baginda turut menegaskan bahawa MAIS dan JAIS sentiasa terbuka untuk mendengar dan berbincang dengan umat Islam di negeri Selangor ini atas sebarang perkara mengenai hal ehwal Islam, sama ada yang bersifat umum atau peribadi.

“Selain itu, baginda juga menitahkan agar MAIS dan JAIS sentiasa memelihara dan mempertahan akidah aliran ahli sunnah wal jamaah dari sebarang unsur dan ideologi yang boleh merosakkannya,” katanya.

Sumber : Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here