Perlu dedah kesan sampingan suntikan vaksin kepada rakyat

0
178

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengeluarkan laporan pemantauan farmakovigilans berkaitan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk dikongsi dengan masyarakat bagi meningkatkan keyakinan rakyat untuk menerima vaksin.

Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Amrahi Buang, berkata laporan farmakovigilans khususnya kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI), perlu dibuat secara berkala setiap minggu atau jika berlaku kesan sampingan teruk.

“Sekiranya berlaku kesan sampingan yang teruk, kerajaan perlu memberhentikan program itu buat sementara waktu. Pelaporan AEFI ini sangat diperlukan untuk meyakinkan rakyat bahawa vaksin digunakan adalah selamat lagi berkesan.

“Pelaporan perlu dilakukan secara jujur dan telus, ia bukan untuk menakutkan rakyat tetapi rakyat perlu tahu perkara ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Amrahi berkata, pelaporan itu turut dilakukan negara lain seperti Kanada dan Korea Selatan.

Beliau berkata, laporan dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) itu juga dapat membantu merealisasikan objektif program untuk membentuk imuniti kelompok di Malaysia.

Katanya, NPRA iaitu pusat farmakovigilans untuk pelaporan kesan advers ubat termasuk vaksin di bawah jaringan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berupaya melakukan pemantauan farmakovigilan program imunisasi itu dengan sistem pengumpulan dan pelaporan AEFI sedia ada. – BERNAMA

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here