Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat percuma

0
192

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menafikan mengenakan bayaran atau melantik mana-mana pihak untuk mengisi borang bagi permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

LHDN dalam satu kenyataan hari ini, berkata permohonan BPR adalah percuma dan tiada sebarang bayaran dikenakan kepada setiap pemohon.

Katanya, setiap permohonan diterima sama ada secara dalam talian atau borang kertas akan disemak mengikut prosedur ditetapkan dan tiada keistimewaan tertentu diberikan.

“Pihak LHDN ada menerima aduan mengenai kewujudan pihak tertentu yang mengenakan bayaran bagi perkhidmatan mengisi borang permohonan BPR.

“LHDN tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk memberikan khidmat mengisi borang BPR berkenaan,” kata kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan maklum balas berkaitan BPR boleh hubungi talian BPR LHDN 1-800-88-2747; HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN diĀ https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/

Sumber : Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here