Persatuan perubatan tubuh tabung bantu petugas pasukan hadapan COVID-19

0
96

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Yayasan Persatuan Perubatan Malaysia (MMAF) dengan kerjasama platform beli-belah atas talian, Shopee, melancarkan tabung bantuan kebangsaan bagi pekerja sektor kesihatan yang berkhidmat ketika penularan COVID-19.

Presiden MMA, Dr N Ganabaskaran, berkata dana daripada Tabung Shopee MMA COVID-19 itu akan disumbangkan untuk kebajikan pekerja sektor kesihatan awam yang terjejas ekoran pandemik COVID-19, menerusi MMAF.

“Pekerja sektor kesihatan awam mengorbankan masa mereka dengan mengutamakan tugas kepada negara sepanjang waktu sukar ini.

“Mereka (petugas sektor kesihatan) ini sangat berani kerana berdepan risiko tinggi demi menyelamatkan rakyat. Saya amat menghormati dan kagum keberanian serta semangat mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi MMAF, Datuk Dr A Krishnamoorthy berharap orang ramai dapat menyalurkan sumbangan bagi petugas sektor berkenaan, menerusi platform Shopee.

“Pasti ramai dalam kalangan rakyat yang lebih gemar membeli-belah secara atas talian ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana mereka harus kekal di rumah.

“Kami berharap rakyat dapat memberikan sedikit sumbangan kepada pekerja sektor kesihatan awam yang berkhidmat di barisan hadapan dalam memerangi pandemik COVID-19 ketika melakukan transaksi pembelian masing-masing,” katanya.

Bagi tujuan itu, MMA dan MMAF masing-masing akan menyumbang RM25,000 kepada Tabung Shopee MMA COVID-19, selain sumbangan bernilai RM100 ke atas akan menerima resit pengecualian cukai.

Sumbangan bernilai RM5 ke atas boleh dibuat menerusi aplikasi, selain Shopee akan memadankannya dengan mendermakan RM1 lagi ke dalam tabung ini bagi setiap RM1 disumbangkan orang ramai.

Tabung Shopee MMA COVID-19 adalah saluran rasmi dengan sumbangan boleh dibuat di kedai digital MMA dan MMAF atau menerusi platform Shopee di www.shopee.com.my/m/shopeemmacovid19fund.

Sumber : Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here