Pertambahan kes sembuh bukti kemampuan pakar kesihatan negara

0
46

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Pertambahan jumlah pesakit COVID-19 yang sembuh selepas dirawat di hospital, membuktikan negara memiliki keupayaan pakar jangkitan dan perubatan untuk merawat wabak itu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata setakat ini 915 daripada 3,483 atau 26 peratus pesakit daripada keseluruhan kes COVID-19 yang dirawat sudah sembuh.

“Ini kejayaan dari segi industri perubatan kita dalam negara dengan miliki kepakaran khususnya pakar jangkitan dan dengan adanya pakar perubatan umum.

“Kita mampu merawat dan ubat digunakan adalah yang kita mulakan kepada pesakit yang ada gejala COVID-19, sama ada positif atau tidak,” katanya ketika dihubungi Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM), hari ini.

Dr Adham berkata, Kementerian Kesihatan sangat bertuah apabila mendapat kerjasama pelbagai pihak untuk melakukan ujian sampel COVID-19.

Katanya, ia membantu kementerian meningkatkan kapasiti menguji sampel yang diambil daripada pesakit.

“Sebelum ini kita guna 14 makmal di hospital kementerian. Kita juga menggunakan satu makmal Kesihatan Awam Kebangsaan dan empat Makmal Kebangsaan.

“Institut Penyelidikan Malaysia (IMR) juga membantu, selain dua lagi makmal di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) termasuk satu dipanggil Institut Biologi Molekular UKM (UMBI).

“Kita juga mendapat kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Mereka bantu kita membuat ujian terhadap sampel yang diambil daripada pesakit. Kita rasa sangat bertuah,” katanya.

Dr Adham berkata, kementerian turut membuat kajian menyeluruh susulan penularan COVID-19 dengan bimbingan IMR termasuk aspek inovasi yang dihasilkan petugas barisan hadapan di hospital.

Katanya, kementerian amat berbangga dengan daya kreativiti petugas terbabit menghasilkan kelengkapan perlindungan diri (PPE) termasuk yang jenis pakai buang.

“Kementerian mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mampu membuat invoasi seperti ini,” katanya.

Beliau turut mengingatkan seluruh rakyat terus berdisiplin mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terutama duduk di rumah, melakukan penjarakkan sosial dan membuat ujian saringan bagi memutuskan rantaian COVID-19.

Sumber- Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here