Pertimbang beri sijil pengecualian vaksin COVID-19

0
132

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA LUMPUR: Kerajaan mempertimbangkan untuk mengeluarkan sijil pengecualian kepada golongan yang tidak boleh menyertai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Ia membabitkan individu yang mempunyai sistem ketahanan lemah atau alahan tertentu hingga menyebabkan mereka tidak boleh menyertai program berkenaan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata cadangan itu bagi memastikan golongan terbabit mendapat pembelaan sewajarnya.

“Atas prinsip keadilan, kita sedang fikir untuk beri sijil pengecualian bagi mereka yang tidak dapat diberikan vaksin.

“Ini bukan kerana mereka memilih untuk tidak divaksin, tetapi keadaan kesihatan masing-masing yang tidak membenarkan mereka berbuat demikian,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau mengulas kebimbangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berhubung cadangan pasport vaksin memandangkan ada banyak negara belum menerima bekalan dan golongan tertentu yang tidak boleh menyertai program pelalian itu.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here