PKP: 30 sukarelawan masak untuk petugas barisan hadapan

0
53

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

LANGKAWI: Seramai 30 sukarelawan bergotong royong memasak makanan kepada 600 petugas barisan hadapan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah ini.

Gotong royong bermula seawal jam 8 pagi itu diterajui anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan dibantu sukarelawan tempatan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Langkawi, Kapten (PA) Ahmad Shahfikri Darus, berkata kos pembelian bahan mentah ditaja Pejabat Ahli Parlimen Langkawi dan kerja memasak dilakukan di Dewan Memasak Kompleks APM Langkawi di sini.

“Khidmat kemanusiaan ini khusus untuk anggota polis, tentera, klinik dan hospital bermula semalam iaitu sejurus arahan PKP memasuki fasa kedua.

“Pek makanan disediakan membabitkan sarapan, makan tengah hari dan malam kepada keseluruhan 600 petugas,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Ahmad Shahfikri berkata, berbekalkan semangat tinggi sukarelawan, khidmat kemanusiaan itu diteruskan sehingga 14 April ini.

Sumber- Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here