PKP: Keluar hujung minggu, faktor kes tangkapan kembali meningkat

0
144

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

PUTRAJAYA – Selepas empat hari berturut-turut kes tangkapan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menurun, jumlah individu yang ditahan kembali meningkat kelmarin kepada 554 berbanding 368 hari sebelumnya.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, faktor itu didorong kerana ramai pihak mengambil kesempatan untuk keluar pada hari minggu.

3 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Fasa Kedua PKP Yang Bermula Hari Ini

“Kalau sebelum ini saya bangga kerana berlaku penurunan kes (individu ditahan ingkar PKP) selama empat hari berturut-turut. Semalam (kelmarin), ia meningkat kepada 51 peratus.

“Saya dimaklumkan peningkatan ini berlaku kerana ramai yang mengambil kesempatan untuk keluar pada hari minggu,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Pejabat Perdana Menteri di sini semalam.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, situasi sedemikian tidak seharusnya berlaku dan tindakan tegas dan lebih keras akan diambil polis bagi memastikan tiada pihak yang melanggar tempoh PKP.

“Tolong jangan ambil peluang untuk keluar pada hari minggu,” katanya.

828 ditahan hari ke-12 PKP, masih ramai ingkar | Nasional | Berita ...

Dalam perkembangan sama, Ismail Sabri turut memaklumkan bahawa daripada 554 individu yang ditahan, seramai 489 dibebaskan dengan jaminan, manakala 213 telah dituduh di mahkamah.

“Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP dari 18 Mac sehingga 5 April (kelmarin) ialah sebanyak 6,048 orang,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here