PKP: Khidmat bot penambang ‘lenyap’

0
123
Beberapa pembawa bot penambang di Jeti Kok Majid, Tumpat,

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

TUMPAT: Lapan pembawa bot penambang di gugusan pulau sepanjang delta Sungai Kelantan, di sini gusar memikirkan mata pencarian mereka semakin terjejas semenjak perintah kawalan pergerakan (PKP).

Perkhidmatan mereka yang tersedia di jeti perahu penambang di Kok Majid, di sini seakan lenyap susulan tiada lagi penduduk berulang alik dari sembilan kampung di atas pulau ke tanah besar.

Seorang pembawa bot penambang, Mohd Amirul Asyraf Abdul Rahman, seorang daripada lapan pembawa bot penambang di Jeti Kok Majid, Tumpat, kini hanya dia yang masih menjalankan kerja membawa penumpang.FOTO/NSTP

Seorang pembawa bot penambang, Mohd Amirul Asyraf Abdul Rahman, 29, berkata daripada lapan pembawa bot penambang, hanya dia sahaja yang kini masih menjalankan kerja membawa penumpang namun keadaannya bergantung kepada nasib.

“Jika dulu kami berlapan tidak sempat untuk berehat, sentiasa ada penumpang yang menunggu di jeti sama ada penduduk kampung atau orang luar yang ingin masuk ke perkampungan atas pulau.

“Dalam sehari kami mampu memperoleh pendapatan sehingga RM50 tapi keadaan sekarang sudah berubah malah untuk mendapatkan RM10 pun sangat sukar.

“Penduduk kampung atas pulau ini jarang yang keluar ke tanah besar dalam tempoh PKP kerana untuk mendapatkan barang makanan, mereka akan membeli di kedai runcit yang ada di setiap kampung dan selain itu tiada kepentingan lain untuk mereka keluar,” katanya ketika ditemui di jeti Kok Majid, di sini, hari ini.

Dia yang sudah 10 tahun membawa bot penambang meluahkan rasa bimbang jika tempoh PKP berlanjutan kerana mereka tiada kemahiran lain untuk dibuat sebagai kerja sampingan bagi menyara keluarga sepanjang PKP.

Keadaan yang sama berlaku kepada Basir Mohamad, 52, yang kini hanya ‘berkurung’ di rumahnya berhampiran jeti Kok Majid kerana menganggap agak membuang masa baginya menunggu di jeti itu sedangkan tiada penumpang yang ingin menggunakan khidmat bot penambang.

Bapa kepada empat anak itu berkata, sebelum ini jeti itu dipenuhi penumpang yang silih berganti termasuk guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Pulau Beluru.

“Setiap hari Sabtu suasananya lagi meriah kerana diadakan pasar terapung di Pulau Suri dan selain Kuala Besar, Kota Bharu, ada pengunjung juga yang naik dari jeti ini.

“Tapi kini keadaan sangat berbeza dan untuk menghilangkan rasa bosan, ada dalam kalangan kami mengambil kesempatan membaiki mana-mana kerosakan atau mengecat bot,” katanya.

Sumber: BERITA HARIAN

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here