PKP: Penduduk terjejas harap PKP segera berakhir

0
258

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

KUALA TERENGGANU: Kehidupan di Pulau Redang agak sukar bagi sebahagian penduduk di sana susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekali gus berharap PKP segera berakhir.

Bagi suri rumah, Ramlah Ibrahim, 53, dia sangat berharap PKP yang sudah memasuki fasa kedua segera berakhir.

Katanya, walaupun penduduk tidak berhadapan masalah mendapatkan barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, tepung gandum dan gula, tetapi bekalan itu tidak akan bertahan jika PKP dilanjutkan.

“Kami juga berhadapan masalah untuk mengeluarkan wang tunai daripada instuasi kewangan kerana tiada kemudahan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sediakan di pulau peranginan itu,” katanya.

Ramlah menjelaskan, walaupun bekalan keperluan asas masih mencukupi, tetapi penduduk dibelenggu untuk membuat persiapan pada bulan ramadan.

Apatah lagi, penduduk sukar untuk ke Kuala Terengganu bagi mengambil wang yang diterima menerusi Bantuan Prihatin Nasional (BPN), kerana perkhidmatan feri dihentikan sejak 22 Mac lalu.

Ngah Jusoh, 48 berkata, dia berharap pihak kerajaan dapat permudahkan bayaran BPN misalnya melantik agensi instuasi kewangan membuat pembayaran secara tunai.

“Sebelum ini, kerajaan menyalurkan bantuan secara tunai termasuk bantuan Dana Aidilfitri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada penduduk di pulau redang.

“Kami merayu kaedah yang sama turut digunakan untuk membuat pembayaran BPN secara tunai seperti dilakukan agensi kerajaan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Bazlan Abdul Rahman menjelaskan, sebanyak 270 kampit beras yang setiap satu mengandungi lima kilogram, minyak masak, tepung gandum dan gula dihantar untuk keperluan penduduk di pulau peranginan itu.

“Kita menyewa lima bot untuk menghantar barangan keperluan asas bagi menampung penduduk di pulau berkenaan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here