PKPB: Akibat berkumpul di dalam pub, 29 lelaki ditahan

0
186

Notice: amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

Notice: amp_remove_paired_endpoint was called incorrectly. Function called while AMP is disabled via `amp_is_enabled` filter. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/bmfmediatv/web/bmfmediatv.com/public_html/wp-includes/functions.php on line 5313

IPOH, 27 Mei -Alasan tidak tahu pub masih tidak boleh beroperasi dan aktiviti berkumpul dalam premis hiburan itu tidak dibenarkan membawa padah kepada 29 individu lelaki apabila mereka ditahan dalam satu serbuan di sini, malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP A. Asmadi Abdul Aziz, serbuan oleh anggota cawangan Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh itu dilakukan pada 9.30 malam di sebuah premis di Jalan Lau Ek Ching di sini.

Beliau berkata sebaik tiba di premis tersebut mendapati pintu terkunci daripada dalam dan anggota polis mengetuk beberapa kali sebelum seorang lelaki berumur 29 tahun membukanya serta mengaku sebagai penjaga premis itu.

Asmadi berkata pemeriksaan lanjut dalam premis mendapati terdapat 25 lelaki serta tiga wanita yang kesemuanya disyaki pelanggan berumur lingkungan 18 hingga 35 tahun sedang asyik menikmati minuman beralkohol. 

“Kesemua mereka memberi alasan tidak munasabah, datang untuk minum arak. Siasatan awal juga mendapati mereka menyatakan tidak tahu pub masih tidak boleh beroperasi dan tidak boleh berkumpul di dalamnya,” kata beliau ketika dihubungi di sini, hari ini. 

Sementara itu, gara-gara mahu menikmati minuman keras di sebuah pusat hiburan di Jalan Canning Estate di sini, empat lelaki ditahan polis malam tadi.

Asmadi berkata dalam serbuan oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak pada 11.30 malam itu, seorang daripada empat individu yang ditahan adalah penyelia premis pusat hiburan berkenaan berusia 44 tahun. 

Beliau berkata semasa polis tiba, lelaki terbabit sedang membuka pintu premis dan mengaku sebagai penyelia serta penjaga pusat hiburan tersebut.

“Pemeriksaan lanjut menemukan tiga lelaki disyaki pelanggan berumur 29, 30 dan 51 tahun berada di tingkat satu pusat hiburan itu. Keempat-empat mereka memberi alasan tidak munasabah iaitu datang ke premis tersebut untuk menikmati minuman keras,” katanya. 

Asmadi berkata dalam serbuan itu polis turut merampas satu salinan lesen di bawah Enakmen Panggung-Panggung dan Tempat-Tempat Hiburan Awam serta satu salinan lesen premis perniagaan dan papan iklan yang masih sah tempoh.

Pihak polis akan mendapatkan perintah reman hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Pelanggaran Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020, katanya.

Sumber– BERNAMA

infected

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here